Saturday, May 16, 2015

UFO Sabak Bernam 2011







Photo credited to : http://www.myufo.net/index.php/berita-saksi/66-ufo-di-sabakbernam

In what appear to be something out of this world or a close encounters experience, a soldier in a Malaysian army camp saw a UFO hovering above him while on guard duty at the camp. He took some pics and claimed the UFO changed shape from oval to bird shape and then a snake shape (see pics above)

Objek pelik seperti UFO ditemui di Sabak Bernam


SHAH ALAM 6 Feb. - Seorang anggota tentera mendakwa melihat objek terbang tidak dikenali (UFO) melintasi kawasan Kem Batalion 3 Rejimen Askar Wataniah di Sabak Bernam ketika sedang bertugas empat hari lalu.
Asri Harun Abd. Rahman, 42, yang sedang membuat tugas rondaan harian terkejut melihat objek piring terbang itu yang bercahaya terang seperti lampu limpah atau 'spotlight' menerangi ruang angkasa kira-kira pukul 5.30 pagi Jumaat lalu.
Dia mendakwa, itu adalah kali pertama melihat objek sedemikian dan menyifatkannya sebagai perkara yang pelik pernah dialaminya sepanjang berkhidmat di kawasan tersebut sejak 11 tahun lalu.
''Cahayanya bulat, sangat terang dan ia statik serta tidak bergerak. Pada waktu itu, tidak ada satu bintang pun dapat dilihat dan ia tidak berkelip-kelip seperti bintang," katanya ketika dihubungi hari ini.
Tambahnya, selepas selesai meronda kira-kira 45 minit kemudiannya, cahaya itu masih dapat dilihat dan dia sempat merakamnya menggunakan kamera telefon bimbitnya sehingga ia hilang pada pukul 7 pagi.
"Ia seolah-olah mengetahui yang saya sedang mengambil gambarnya kerana ia mula bergerak ketika gambarnya dirakamkan.
"Terdapat empat jenis pergerakan yang dapat diambil bermula daripada statik berbentuk bulat, berubah menjadi seperti burung dan memanjang seperti ular," jelasnya.
Dia yang masih terkejut dengan penemuan itu kemudian sempat memberitahu salah seorang rakan setugasnya dengan menunjukkan ke arah cahaya tersebut kerana objek itu pernah dilihat seperti dilaporkan oleh sebuah akhbar tempatan sebelum ini.
Kata Asri Harun , rakannya itu yang sedang berehat di bilik kawalan turut terkejut apabila melihat sendiri cahaya berkenaan.
Sebuah akhbar tempatan semalam melaporkan tentang penemuan cahaya misteri di Baitulmaqdis dan ia telah dimuat turun ke laman YouTube.
Menurut laporan itu, sebanyak empat klip video tersebut dirakamkan oleh sekumpulan penduduk Israel yang mengunjungi sebuah kawasan di bandar itu.


Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0207&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_19.htm&arc=hive

No comments:

Post a Comment