Sunday, December 29, 2013

Tempat Paling Panas Melihat UFO di Selangor dan sekitar Kuala Lumpur.





Adakah anda ingin tahu tempat paling panas melihat UFO di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur? Jika anda seperti saya tinggal di Selangor atau Kuala Lumpur dan minat pasal UFO, tak salah mengetahui tempat paling panas melihat piring terbang di kedua-dua tempat ini.

Ok, walaupun saya sendiri belum pernah melihat UFO tapi daripada artikel-artikel dan lapuran yang saya baca di internet dan akhbar, saya pasti tempat paling panas sering dilihat UFO adalah kawasan-kawasan berikut  :-

Pelabuhan Klang

Klang

Tanjung Sepat

Shah Alam

Ampang

Puchong

Petaling Jaya

Bangi

Rawang

Kebanyakan tempat-tempat ini adalah berdekatan hutan atau pinggir laut, tempat yang sunyi dan di luar bandar, kawasan seperti ini kegemaran UFO untuk singgah. Dan di tempat macam ini, penduduk selalu keluar rumah atau bekerja kat luar, senang lihat UFO tak seperti orang bandar, jarang keluar rumah, bila sampai rumah buka TV dan internet sje.

Mungkin ada tempat-tempat lain yang saya terlupa tulis tapi inilah tempat-tempat yang kerap saya baca mengenai aktiviti UFO. Kalau senang, boleh pergi tengok sekejap, mungkin bertuah masa itu terlihat piring terbang di atas langit!

1 comment: